Tuesday, 28 February 2017

RESEPI DESSERT

Assalamualaikum dan selamat pagi geng positif.

Harini nak kongsi resepi special jelly coklat&oreo dan jus oren. Nak tau apa yang specialnya? haaaa, kena la baca resepi kami ni. petang semalam anak2 request nak makan puding, so kami pon tros p beli brg nak buat jelly ni. Meh kami kongsikan resepi kami yaa

BAHAN-BAHAN:

- 1 bungkus / 10g Jelly Powder (serbuk agar-agar)
- 750ml Air
- dua titik Stevia(FAHRIN STEVIA LEAF)
- 1/2 tin susu cair
- 5 packet CHOCOLATE CHOICE
- 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan
- sediakan Loyang Bulat 8''

CARA-CARA:

1) Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Titikkan Stevia & masak sehingga sehingga larut semuanya. Kemudian masukkan susu dan kacau sehingga mendidih.

2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain & campurkan coklat sehingga sebati.

3) Tuangkan 1 cawan campuran coklat ke dalam acuan. Panaskan campuran coklat yang separuh lagi dengan api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaannya mengeras sedikit,tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaannya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan coklat tadi.

4) Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam petisejuk.

sooo.....tadaaaaaaa, ini la hasilnya, hehehehe



Specialnya jelly kami ni, kami tak gunakan gula dalam jelly kami ni. Selepas kami kenali FAHRIN STEVIA LEAF, setiap hidangan makanan yang kami sajikan kami cuma titikkan stevia ja. Hasil makanan still sama sedap bezanya makanan kami makanan yang lebih sihat. Tak lupa juga, kami tak gunakan milo dalam puding kami, tapi kami gunakan serbuk CHOCOLATE CHOICE, sebabnya chocolate choice mmg sgt sedap dan dia juga ada tiga campuran iaitu serbuk koko, madu dan kurma, sangat bagus untuk minda kita. Yang paling penting semuanya produk Bumiputera, siapa lagi nak sokong kalau bukan kita kan. Okay la, selamat mencuba yaaa. Ohyaa, tak lupa juga kami sediakan untuk anak2 kami jus oren tapi macam biasa kami tak letak gula, kami letak Stevia tau, cuma satu titik ja segelas . Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment