Assalamualaikum apa
khabar semua, harap sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Bukan senang
nak maintain kecantikan dan kelangsingan badan terutamannya lepas melahirkan
baby, ramai wanita yang terpaksa berjadapan dengan masalah kegemukan yang
melampau. Tapi ramai wanita yang tidak sedar bahawa kegemukan lepas bersalin
bukan terjadi disebabkan oleh pembawakan bayi je tau tapi masalah tu hadir
dalam diri kita sendiri. Ramai wanita yang tersalah percaturan ketika hamil,
antaranya menjadikan kehamilan sebagai tiket untuk makan sesuka hati. Itu
adalah kesalahan yang pertama. Wanita hamil secara umumnya memerlukan lebih
kalori berbanding wanita yang tidak hamil. Hal ini penting bagi memastikan
pertumbuhan bayi tidak terjejas. Namun sedarkah kita bahawa kita memerlukan
makanan yang berkhasiat sahaja untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Tapi
kebanyakan wanita Malaysia lebih gemar terhadap makan yang mengandungi banyak
lemak, garam dan gula seperti dessert, beger, kentang goreng dan sebagaianya.
Situasi ini bukan hanya menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan malah ibu
itu sendiri.
“Alah bukan aku nak
makan pun baby dalam perut ni yang nak makan”, hal ini juga merupakan alasan
yang sering diberi oleh para wanita semasa hamil. Amalan gaya hidup sihat yang
sering dipandang ringan oleh wanita hamil menyebabkan lebihan berat badan
seterusnya menyumbang kepada penyakit kencing manis. Oleh itu kaum wanita di
luar sana perlu peka terhadap makanan yang diambil lebikan mengambil makanan
yang kaya serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan makan buah
delima dan tujuh biji kurma setiap hari. Selain itu bagi menambahkan tenaga
tanpa meningkatkan hb ibu mengandung juga disarankan untuk minum jus kurma. Cara
membuatnya campurkan kurma dengan susu kambing segar dan kisarkan kemudian
minum. Insyallah tenaga akan bertambah dan yang paling penting hb tidak akan
naik mendadak dan kekal maintain dan apabila 7 bulan ke atas amalkan minum air
kelapa. Ibu-ibu hamil juga digalakan supaya minum air yang mencukupi.
Selepas bersalin pula
pastikan diri mengikut pantang larang yang telah diaturkan. Pantang yang wujud
selama berkurun lamanya bukan diwujudkan untuk menyusahkan wanita tetapi bagi
memastikan badan kembali langsing. Oleh itu bersabarlah dan patuhi segala
pantang yang telah ditetapkan. Selepas habis berpantang kurangan pengambilan
gula dalam makanan harian. Jadi ibu-ibu disarankan bertukar ke stevia kerana ia
mempunyai 0% kalori.
Bagi ibu-ibu yang
menyusu akan cepat berasa penat hal ini kerana apabila brestfeeding kalori
dalam tubuh ibu akan dibakar oleh itu ibu akan cepat berasa lapar oleh itu
ibu-ibu disarankan agar mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tapi
makan dengan kerap. Amalkan makan buah-buahan seperti apple dan pisang bila
lapar.
No comments:
Post a Comment