BAHAYANYA STEVIA
Assalamualaikum pembaca-pembaca saya sekalian, harap sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Bila bukak je facebook, insta, wechat semuanya asyik cakap pasal stevia. Ini stevia itu stevia. Apela diorng ni tak penat ke? apa itu stevia?? Apa fungsi stevia ni?? Bahaya ke kat kesihatan kita?? Ermm macam-macam yang kita dengar kan. Macam makin ramai pulak kan orang keluarkan produk stevia ni, makin lama makin meletup pulakkan produk ni. Tapi sebelum kita judge sesuatu benda tu apa kata kita kenali dulu apa itu stevia. Mesti ramai yang nak tahukan apa-apa pun jom kita baca entri bawah ni.
APA ITU STEVIA
Stevia telah dijumpai dan digunakan sejak turun temurun namun kajian terhadapnya baru sahaja dilakukan dan kesan yang dijumpai oleh para saintis amat mengejutkan. Stevia berasal daripada 150 spesies keluarga bunga matahari. Daun ini juga telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Brazil dan Paraguay sejak beratu-ratus tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi. Selain digunakan sebagai bahan untuk memaniskan makanan dan minuman, mereka juga menggunakan stevia sebagai penawar untuk menurunkan tekanan darah tinggi (hypertension), merawat luka terbakar, melawaskan kencing dan sebagainya.
Kegunaan stevia sebagai salah satu alternatif untuk memaniskan makanan dan minuman mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16 dan ianya telah dibawa ke serata Asia dan telah digunakan sehingga kini.
KEUNIKAN STEVIA
Stevia terdapat pelbagai kelebihan antaranya ia tidak mengandungi kalori, lemak, kolestrol dan karbohidrat berbeza dengan gula biasa dimana ia mempunyai kesemua keburukan yang tersenarai di atas. Malah satu titik stevia juga dikatakan 300 kali ganda manis daripada gula, dan sehelai daun stevia mampu memaniskan sebiji peria dan secawan teh herba yang sangat kelat. PERCAYA TAK!!! SUNGGUH TAK SANGKA KAN...itu lah kesan stevia yang ramai orang tak tahu.
No comments:
Post a Comment