Ramai yang tak percaya bila kita dah cakap berat badan kita dah turun 2 kg padahal baru 2 minggu diet. Seminggu 1 kg hilang hebatkan. Mula lar orang pm bertanyakan cara-cara dan tips cepat nak kuruskan badan. Sebenarnya time diet haritu kita makan je macam biasa TAPI jaga kuantiti yang dimakan. Kita tak boleh makan semberono je kang tak turun-turun berat tu makin bertambah stress lar uolls. Untuk memudahkan proses diet korang kita suggestkan korang semua mengamalkan diet secara kira kalori. Sebelum makan wajib tahu berapa kalori sesuatu makanan itu . Pengiraan kalorio ini penting untuk memastikan korang semua tidak mengambil makanan secara berlebihan.
Kalori sangat penting bagi manusia sekiranya tiada kalori dalam badan manusia, kalori ialah satu unitt kiraan bagi tenaga. Manusia memerlukan kalori daripada tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Tanpa kalori badan akan cepat berasa letih dan tidak bertenaga. Namun sekiranya kalori diambil secara berlebihan dan tidak digunakan maka ia akan terkumpul dan menjadi lemak. Inilah yang menyebabkan kegemukan ye kawan-kawan dan ianya sangat bahaya.
Jumlah kalori yang perlu diambil adalah berbeza-beza bagi setiap orang. Hal ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya jantina, umur. berat badan , pekerjaan dan kesihatan. Menurut pakar diet kalori yang perlu diambil oleh lelaki dewasa ialah sebanyak 2000-2500 kalori sehari manakala bagi wanita dewasa pula hanya memerlukan 1600-2000 kalori sehari. Paling menakutkan rakyat Malaysia merupakan salah satu negara yang paling tinggi dalam pengambilan kalori, patutlah ramai rakyat Malaysia yang menghidap obestiti dan penyakit kronik yang lain seperti kencing manis, darah tinggi sakit jantung dan sebagainya.
Berbalik kepada diet kalori tadi, makanan sehari-hari hendaklah dipantau dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia mempunyai kalori yang rendah berbanding makanan lain. Semasa diet kalori ni kita makan je nasi tapi berpada-pada lar ye jagan angkut tiga pinggan pula, tu melahap nama nyer agak-ahgak lar ye dan amalkan petua berhenti sebelum kenyang. Kadang-kadang lepas makan pun kita still rasa lapar lagi kan seeloknya tunggu dulu dalam 10-15 minit sebab rasa kenyang memerlukan tindak balas yang agak lama oleh itu kalau rasa lapar je walaupun dah lepas makan rehat jap sebab lepas tu baru korang akan rasa kenyang.
Selain itu, semasa diet ni, saya tak ambil gula tau, hanya minum air putih je sebab ia zero kalori berbanding air yang mengandungi gula. Kalau rasa teringin jugak saya akan gunakan stevia. Ramai yang cakap stevia ni tak ok padahal stevia ni pun sama dengan air putih tak ada kalori tapi rasa manisnya Ya Allah macam letak 1 kg gula. Tak percaya try lar jagan asyik nak kondem barang orang je. Maklum lar ramai sangat keyboard warrior ni. So guna lar Farin Stevia Leaf ni rasanya lebih manis 300 kali ganda dari gula.
No comments:
Post a Comment