Tuesday, 7 March 2017

Oh My God.. Nak pakai baju pun dah makin susah !
Lengan kiri sempit, Lengan kanan sempit.
Badan makin bulat ! Tidakkkkk!!! Aku dah gemuk !!!
Mulalah aku cari tips-tips kesihatan,gaya hidup sihat,cara nak diet, cara nak kuruskan badan yang dah semakin bulat ni.
So, nilah petua atau tips macam mana nak kurus dengan cepat !!!
Secara amnya, berat badan kita bergantung kepada pengambilan kalori setiap hari dan berapa banyak kalori yang kita simpan? Actually, korang tak patut simpan banyak-banyak kalori tu tau! Anda patut membakar kalori-kalori tu.. Barulah boleh dapat bentuk badan yang ideal. Aku ni jadi bulat pun sebab kerja dalam office le katekan. Dok dalam aircond pulak tu.. Mane lah tak montel !
1. MINUM AIR SEBELUM MAKAN
Sebelum makan, kita patut minum air dulu. Tau tak sebab apa???
Supaya,nanti baru makan sikit, kita dah kenyang.
Bayangkan, kalau kita tak minum air dulu,terus capai senduk nasi uh,makan pun dah la ikut nafsu. Entah baca doa dulu ke tak tu.
Kalau kita minum air dulu, bayangkan berapa banyak kalori daripada makanan yang dapat kita selamatkan dari bersemadi dalam badan kita.
By the way, air tu, jangan korang bantai air bergas ke, air manis pula.. Amalkan lah minum air kosong je. Air kosong kan tak ada kalori. Baik untuk kesihatan pulak tu!
2. SARAPAN SETIAP PAGI!
Sebenarnya, sarapan pagi ni bukan sahaja baik untuk badan, malahan sememangnya bagus untuk kesihatan otak. Makanan yang baik diambil ketika bersarapan adalah makanan yang diperkaya dengan serat seperti buah-buahan atau sayur-sayuran.
3. MAKAN DALAM KADAR YANG SEDIKIT, NAMUN KERAP
Ketika kita makan, kita haruslah mengambil makanan tidak terlalu banyak. Ambil makanan dalam kadar yang sederhana sahaja. Beberapa jam kemudian, sekiranya anda lapar lagi, tidak mengapa untuk anda makan. Namun, masih dalam kadar yang sederhana. Tak mengapa pun kalau kita kerap makan. Asalkan bukan setiap kali makan tu, kita makan sampai kenyang. Tu buruk lantak namanya !
4. MENDAPATKAN RUJUKAN MAKANAN YANG TEPAT
Jenis makanan terbaik yang patut diamalkan ketika nak kurus ni, kita haruslah banyak mengambil pemakanan yang mengandungi banyak protein dan makanan yang berserat tinggi.
Contoh makanan yang berprotein tinggi adalah seperti putih telur, yogurt, daging tanpa lemak, makanan laut, keju, dan kekacang. (Tapi, makan tu beragak lah.. Jangan melampau sangat. Nanti penyakit lain pulak yang muncul).
Contoh makanan yang tinggi serat selain buah-buahan dan sayur-sayuran pula adalah seperti popcorn tanpa mentega, biji-bijian seperti chia seed,pumpkin seed,sunflower seed etc).
5. TIDUR YANG MENCUKUPI
Paling penting dalam kehidupan kita yang nak kurus ni, kita wajib cukup tidur !
Purata tidur manusia 18 tahun keatas adalah 8-9 jam sehari. Sekiranya kita kurang atau terlebih tidur, kita berpotensi untuk menambah berat badan kita.
Hal ini kerana keadaan metabolisme akan terganggu dalam proses menukarkan zat kepada tenaga. Sekiranya zat-zat tersebut tidak dapat bertukar menjadi tenaga, ia akan kekal dan bertukar menjadi lemak.
6. HINDARKAN MAKAN MALAM
Hindatkan makan malam kat sini bukanlah bermaksud yang korang tak payah makan langsung. Maksud penulis, makan malam anda haruslah bermula sebelum pukul 6.
Hal ini kerana, kita tidak mempunyai sebarang aktiviti yang aktif untuk memecahkan zat-zat makanan pada waktu malam. Sekiranya kita memulakan makan malam kita awal, kita dapat memberikan masa yang panjang kepada perut kita untuk menghadamkan makanan-makanan kita. So, tak adalah makanan kita terkumpul dan bertukar jadi lemak masa kita tidur nanti.
7. KOMITMEN
Jadi, apa-apa pun, korang kenalah ada komitmen nak kurus tu. Jangan nak tak nak je~! Apa-apa pun, gud luck uoollzz.. Gud luck for me jgk!!!

No comments:

Post a Comment