PEMAKANAN DAN KEHIDUPAN SIHAT
Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, hari ini saya akan kongsikan tentang artikel yang ditulis oleh Profesor Dr Norimah A Karim yang mana beliau merupakan seorang pakar Pemakanan & Setiausaha Kehormat, persatuan Prmakanan Malaysia. Saya harap poerkongsian ini bermanfaat untuk semua orang dan mendapat sedikit sebanyak ilmu mengenai gula dan bahaya gula terutamanya kepada kesihatan.
Pernahkah
anda terfikir mengapa anak anda gemarkan makan manis dan makanan segera?
Misteri tersebut sudah terlerai. Para saintis menyatakan bahawa kuncinya
terletak di dalam gen kita! Memang sejak lahir,
kanak-kanak secara semulajadinya boleh merasai manis dan masin berbanding rasa
lain. Malah, mereka lebih sensitif kepada rasa pahit. Kanak- kanak menyukai
rasa manis untuk memastikan mereka mendapat cukup kalori untuk tubuh yang
sedang membesar. Kecenderungan terhadap gula akan berkurangan selepas baligh.
Satu lagi sebab
keinginan terhadap gula adalah kerana ia menyebabkan pembebasan hormon
‘gembira’ dopamin otak yang memberikan perasaan seronok. Pengambilan gula yang
tidak dikawal semasa kecil boleh menyebabkan ketagihan gula apabila dewasa.
Apakah itu gula?
Gula hadir
secara semula jadi di dalam makanan atau boleh ditambah. Gula ada secara
semulajadi dalam buah-buahan (fruktosa) dan susu(laktosa). Fruktosa dan laktosa
adalah karbohidrat. Namun sumber makanan yang mengandungi fruktosa dan laktosa
juga mengandungi banyak nutrien penting seperti protein, vitamin D, kalsium dan
serat. Oleh itu, pengambilan makanan yang mengandungi gula semula jadi seperti
susu, buah dan sayur adalah baik apabila dimakan secara sederhana. Begitu juga
makanan berkanji dan berkarbohidrat seperti nasi, mi, bijirin roti dan
ubi-ubian yang dihadam menjadi glukosa apabila dimakan.
Serbuk putih
yang biasa digunakan di rumah iaitu gula pasir adalah gula kilang yang
diperolehi daripada gula tebu dan gula bit. Gula tambahan juga didapati di
dalam produk separa tapis seperti sirap jagung, molases, madu, gula perang,
karamel, dan gula Melaka. Selain itu, pelbagai jenis gula lain juga ditambah ke
dalam minuman ringan, minuman buah-buahan, kordial, minuman dan makanan proses.
Jenis gula yang digunakan dalam makanan proses akan tertera atas label
bungkusan makanan, contohnya sukrosa, fruktosa, galaktosa, laktosa, maltosa,
dekstrosa, sirap jagung berfruktosa tinggi, molases, jus tebu, jus buah sejat,
malt barli, madu, sirap maple dan lain-lain. Gula tambahan digunakan sebagai
penambah perisa, pemanis, atau pengawet. Ia juga boleh mengubah tekstur dan
warna makanan.
Berapa banyakkah yang dikatakan banyak?
Gula tambahan
adalah punca utama kebimbangan dalam diet anak anda. Dalam aspek pemakanan,
anak anda tidak memerlukan tenaga daripada sebarang gula tambahan dan boleh
mendapat gula semula jadi secukupnya daripada makanan yang mengandungi
karbohidrat seperti beras, roti, bijirin, susu, legum, dan buah-buahan.
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (2003) menyarankan agar pengambilan gula tidak melebihi 10%
daripada jumlah tenaga harian. Maka, pengambilan gula tambahan harian yang
maksimum dalam diet anak anda tidak seharusnya melebihi 5 sudu teh sehari bagi
kanak-kanak berumur 1-3 tahun dan tidak melebihi 7 sudu teh sehari bagi
kanak-kanak berumur 4-6 tahun.
Sebagai panduan
am, kalori daripada gula tidak seharusnya melebihi 160 kalori atau bersamaan
dengan 8 sudu teh gula sehari. Ambil perhatian bahawa adalah lebih baik
mengambil kurang daripada jumlah yang disarankan sehari. Pengambilan gula mudah
melebihi saranan minimum ini jika tidak berhati-hati dengan pengambilan makanan
dan minuman yang mengandungi gula tambahan.
Jadual 1: Contoh kandungan gula di dalam beberapa minuman dan
snek
Makanan
|
Kandungan gula (sudu teh: 1 sudu teh rata = 5g)
|
Sirap Ros*
|
![]() ![]() ![]() ![]() |
1 Tin Minuman Ringan**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
1 Cawan Susu Coklat Malta**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Ais krim Coklat (100g)**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sundae ais krim dengan krim putar**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
1 Kek cawan**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
1 Potong Kek Coklat dengan aising (64g, 1/8 daripada
kek 18oz**
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
1 Keping Kuih Seri Muka*
|
![]() ![]() ![]() |
1 keping Donut kosong*
|
![]() ![]() |
Sumber: *National Coordinating Committees on Food and
Nutrition (NCCFN) 1999, **USDA Nutrient Database SR18
Terlalu banyak gula tidak begitu manis untuk kesihatan anda
Pengambilan gula
berlebihan dikaitkan dengan penyakit seperti obesity, diabetes, dan kerosakan
gigi.
Obesiti- apabila anak anda
mengambil terlalu banyak gula, ini meningkatkan pengambilan tenaga (kalori).
Sekiranya anak anda tidak melakukan aktiviti fizikal, kalori yang berlebihan
tadi akan bertukar menjadi lemak yang disimpan di dalam tubuh. Ini akan
menyebabkan berlebihan berat badan serta obesiti. Kajian menunjukkan bahawa
peratus kanak-kanak yang berlebihan berat badan dan obes di Malaysia telah
meningkat pada kadar yang berbahaya. Ini jelas dilihat melalui peratusan
kanak-kanak berumur di bawah lima tahun yang berlebihan berat badan yang sudah
mencapai 6.4%. Obesiti juga merupakan faktor risiko kepada penyakit tidak
berjangkit lain seperti hipertensi, penyakit kardiovaskular, dan juga kanser.
Diabetes- walaupun gula
itu sendiri tidak menyebabkan diabetes, ia boleh meningkatkan glukosa di dalam
darah. Tubuh akan menghasilkan insulin untuk menyingkir glukosa di dalam darah.
Tubuh akan menghasilkan insulin untuk menyingkir glukosa yang berlebihan ini.
Sekiranya insulin tidak dihasilkan dalam jumlah yang mencukupi untuk mengawal
paras glukosa, ini boleh menyebabkan diabetes.
Kerosakan gigi- bakteria
di dalam mulut menggunakan gula untuk menghasilkan bahan yang dipanggil glukan.
Glukan membantu bakteria melekat pada gigi dan menghasilkan asid yang menghakis
enamel yang membantu melindungi gigi.
Kurangkan separuh daripada pengambilan gula
Makanan yang
tinggi kandungan gula dipenuhi dengan kalori kosong dan selalunya menggantikan
makanan berkhasiat yang diperlukan oleh kanak-kanak. Para pakar mengatakan
bahawa pengambilan makanan yang tinggi kandungan gulanya semasa kecil
membuatkan kanak-kanak mempunyai keinginan kuat terhadap gula apabila dewasa.
Oleh itu, mulalah melatih anak anda dari kecil untuk mengurangkan keinginan
mereka terhadap makanan manis. Berikut adalah beberapa tip:









Dengan kerjasama
Persatuan Pemakanan Malaysia
No comments:
Post a Comment