Monday, 3 April 2017

FAKTA MENGENAI STEVIA
Berikut adalah antara ulasan Dr Norman Norawi mengenai pandangan beliau tentang stevia :
"Stevia adalah bahan pemanis gantian yang selamat dan ia adalah pengganti gula yang lebih sihat. Itu berdasarkan kajian yang ada dan telah saya tulis di dalam buku saya 'GULA RACUN PUTIH?'...dan saya tetap berpegang dengan fakta tersebut...
Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik merbahaya yang perlu kita kawal dengan mengurangkan pengambilan GULA pasir..dan stevia adalah pemanis gantian yang boleh di gunakan sebagai alternatif yang lebih sihat.."
Stevia mempunyai banyak khasiat semulajadi yang boleh memberikan kesan baik kepada badan kita.
Antara kelebihan Stevia adalah :
-Meningkatkan sistem imun badan yang penting bagi mencegah jangkitan kuman
-Mengawal kandungan air dalam badan
-Merawat Cirit-birit
-Anti Tumor-kesan anti oksidan (Boleh mengurangkan risiko kanser)
-Mengurangkan keradangan
- Menurunkan tekanan darah
-Boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah (Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia)
-Terbukti secara saintifik, ia selamat untuk digunakan oleh pelbagai peringkat usia
-Bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
-Pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300-450 kali lebih manis berbanding gula biasa.
Untuk rujukan tambahan,anda boleh layari https://draxe.com/stevia-side-effects/ untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai kebaikan stevia.

No comments:

Post a Comment